Assalamualaikum..
This week I
got an opportunity to tell anything because our lecturer had decided this week
is free topics for our blog. Its means you can talk anything that you like to
share with others. So, I think I want to share with you guys about some
information that maybe affect our daily life.
Apa yg kita
paham dengan warna? Warna ni sebenarnya satu bentuk atau medium yg mana bila
kita tgk something tu, kita akan tertarik dengannya mengikut kesukaan diri kita
masing-masing. Kalau nak ikut kajian org barat, warna memainkan pengaruh besar
dalam kehidupan, psikologi juga emosi setiap manusia. Warna juga jadi satu
bentuk komunikasi tanpa lisan yg mampu mendedahkan maksud dan mesej segera dan
maybe lebih bermakna dari yg lain. Tapi kalau nak ikut kita, warna ni sekadar menjadi
kesukaan diri masing-masing ja kan. Betoi dak??hahaha. Bayangkan org barat
boleh kaji benda-benda alah ni ja pun. Cuba kita tnya diri kita warna putih
maksud apa? Hijau lambang apa? Merah tnda apa? Mesti smua akan jawab putih
untuk kesucian, hijau warna alam & merah tnda kita berani kan. Bnyak lg
sebenarnya info yg kita boleh dpt dari setiap warna ni.
Dalam entry
kali ni, aku akan cerita tentang 1 artikel yg aku jumpa dalam salah satu paper.
For me, this article is quite interesting x tau la org lain rasa mcm mana.
Tajuk artikel ni ‘Warna Serlah Penampilan’. Dalam artikel ni ada tulis,
terdapat ilmu yg gunakan warna sebagai satu terapi atau nama scientific dia
‘Colourology’ yg mana guna kaedah warna untuk penyembuhan. Penyembuhan tuh
means warna mampu mengubah emosi seseorang menjadi lebih tenang mahupun
agresif. So, try baca & paham apa yg dimaksudkan dngn jenis warna yg ada kt
bawah ni mengikut hari sampai ckup seminggu. Enjoy!!!
Warna Putih :Isnin
|
Warna putih
adalah warna peransang kepada kelenjar pine dan kelenjar pitutari. Ia akan
diserap saraf sekiranya tubuh berada di dalam keadaan hening bermaksud kita
perlu mendapatkan tidur yang awal di waktu malam. Sekiranya tidak mendapat
waktu tidur yang betul pada malam sebelum isnin, kita lebih cenderung untuk
menjadi letih dan tidak bersemangat. Dalam erti kata lain, menjadi malas ke
tempat kerja atau melakukan aktiviti harian pada pagi isnin. Jika kita perasan,
bunga berwarna putih juga lebih mekar pada hari isnin berbanding hari lain.
Pokok bunga berwarna putih yang ditanam pada hari lain biasanya sukar hidup
atau berbunga berbanding jika ditanam pada hari isnin.
Warna Merah Jambu : Selasa
|
Dengan
berpakaian merah jambu, kita mempunyai kuasa memujuk terhadap orang lain.
Sebagai contoh kuasa pujukan terhadap anak, kawan atau pasangan yang tidak
sehaluan dan bertentangan pandangan dengan kita, lebih kuat berbanding warna
lain. Warna merah jambu juga lebih cenderung kepada perasaan emosi dan berkasih
sayang kepada pasangan masing-masing.
Warna Biru : Rabu
|
Biru pula warna
yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih sesuai atau sepadan yang
mematuhi hukum keseimbangan atau sealiran dan serasi. Dinyatakan juga kicauan
burung lebih merdu pada hari rabu. Pada hari rabu, seseorang lebih cenderung
menjadikan segala hasrat hatinya diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata.
Oleh sebab itu, sekiranya anda perasan kebanyakan mesyuarat di dalam sesebuah
organisasi lebih banyak diadakan pada hari rabu.
|
Warna Kuning atau Oren : Khamis
|
Warna kuning
adalah ransangan sistem penghadaman. Ia juga melambangkan warna kesuburan
hormone dan reproduksi. Ia memberikan tenaga dengan menghadamkan segala sisa
makanan di dalam tubuh badan untuk menjadi zat atau tenaga yag amat diperlukan
badan. Warna oren dapat merangsang sistem kesuburan lelaki dan wanita. Pada
hari khamis juga hari yang terbaik untuk pasangan merancang zuriat yang sihat.
Warna Hijau : Jumaat
|
Hijau memberikan
tahap getaran yang menyamai tenaga merangsang fungsi jantung dan paru-paru.
Pada hari jumaat didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan
oksigen pada tahap paling maksimum. Jumaat juga sesuai untuk aktiviti senaman
pernafasan, bersenam dan beriadah di taman bunga.
|
Warna Merah : Sabtu
|
Merah menyamai
getaran bahagian usus, otot, darah, tulang dan saraf. Organ yang berwarna merah
lebih banyak menjalankan aktiviti fizikal dalam tubuh. Pengaruh kepada sabtu
seperti keluar bersosial atau berjumpa ahli keluarga, saudara-mara dan
kawan-kawan dengan menjalankan aktiviti riadah yang lasak atau sebaliknya.
Warna Hitam : Ahad
|
Tenaga spektrum
pada hari ahad menyamai isnin. Bezanya pula melalui gerakan zarah pada hari
ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding semua hari lain
yang mana pergerakan secara rawak. Oleh yang demikian, ahad lebih sesuai untuk
sesi berehat. Sebaiknya habiskan masa bersama keluarga di rumah kerana kita
memerlukan lebih banyak tenaga keesokan harinya untuk kerja. Memandangkan ahad
mempunyai pergerakan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam
mengelakkan diri daripada terdedah kepada gelombang asing yang boleh
memudaratkan. Disebabkan itu pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan
tali pinggang hitam akan merasa bebas daripada kongkongan atau pengaruh
gangguan tenaga asing.
Sempoi kan
kalau kita tau bnyak info tentang warna ni. So, try to adapt warna ni mengikut
hari yg disyorkan mcm dlm artikel tuh. Maybe kita akan rasa kelainan dia bila
kita cuba buat.
TRY IT! FEEL IT!
BELIEVE IT!
No comments:
Post a Comment